Urus niaga mikro

Urus niaga mikro (juga mikrotransaksi atau transaksi mikro) ialah sejenis model perniagaan yang melibatkan pembelian barangan-barangan maya dengan pembayaran mikro. Urus niaga ini lazim diguna pakai dalam permainan video sebagai sumber hasil bagi pihak pembangun permainan video. Urus niaga mikro adalah biasa dalam aplikasi-apklikasi telefon mudah alih, tetapi juga wujud dalam perisian komputer peribadi serta permainan konsol.Permainan video percuma dengan unsur mikrotransaksi kadangkala disebut sebagai freemium. Satu lagi istilah, "bayar untuk menang" (pay-to-win) juga digunakan sebagai gelaran bagi permainan-permainan video dengan mikrotransaksi yang membawa kelebihan yang tidak adil kepada para pemain berbanding dengan pemain-pemain lain, terutamanya apabila barangan-barangan yang dibeli tidak boleh diperoleh secara percuma.[1]Kesan urus niaga mikro kepada pengguna adalah tertakluk pada psikologi manusia, dan perbincangan-perbincangan telah wujud tentang kesan urus niaga ini kepada kanak-kanak. Kesedaran dan kritikan terhadap urus niaga mikro dalam permainan video mula berkembang pada pertengahan 2010-an akibat penemuan isu-isu seperti unsur perjudian dan masalah pembelian yang tidak perlu.[2][3]